Tuesday, September 09, 2008

ANCAMAN KEPADA MELAYU

"UTUSAN MALAYSIA: Sekarang ini ada pula Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?

DR. SHAM RAHAYU: Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan.

Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini.

Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya.

Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu.

Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan.

Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu.

Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan. [Mingguan Malaysia]"

1 comment:

Anak Malaysia Global said...

Dr Sham Rahayu orang Islam kah?

The Prophet Muhammad said: {O people! Your God is one and your forefather (Adam) is one. An Arab is not better than a non-Arab and a non-Arab is not better than an Arab, and a red (i.e. white tinged with red) person is not better than a black person and a black person is not better than a red person,3 except in piety.}